PENGENALAN
Pusat Tuisyen Teduhan Iman (PTTI) merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2007 dan berdaftar dibawah Akta Pendidikan 1996 (JPS B3L0525) dengan tujuan membantu para pelajar dalam pencapaian akademik di peringkat sekolah rendah dan menengah. Sejak penubuhan ini, PTTI telah melahirkan ramai pelajar dengan jayanya.
Bertunjangkan pengurusan yang berkualiti dan tenaga pengajar yang berdedikasi serta berpengalaman, para pelajar diberikan pendekatan terbaik dalam pembelajaran mereka.
VISI
Menjadi pusat institut pendidikan swasta yang inovatif berteraskan nilai-nilai saintifik, indipenden, kreatif dan patriotik serta cemerlang dalam bidang akademik dan pembangunan sahsiah
MISI
- Untuk melahirkan insan yang cemerlang, inovatif, berbakat, berakhlak mulia, berdaya saing, berdaya cipta, saintifik dan patriotik melalui akademik berteraskan sistem pendidikan kebangsaan.
- Untuk mewujudkan prasarana fizikal, perkhidmatan dan persekitaran yang berkualiti.
MOTO
Berilmu, Beramal, Bertaqwa, Bersahsiah
“An Institute of Character, A Mark of Excellence”
KELEBIHAN PUSAT TUISYEN TEDUHAN IMAN
- Kadar yuran bulanan yang rendah bersesuaian untuk semua golongan peringkat, mengikut jumlah matapelajaran.
- Mempunyai persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusif, lengkap dengan penghawa dingin.
- Kepadatan kelas maksimum 15 orang pelajar sahaja, memberikan pelajar mendapat lebih tumpuan di dalam kelas.
- Tenaga pengajar yang berpengalaman dan bergraduat serta berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
- Penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan serta sistem pembelajaran yang sistematik dan mudah difahami.
- Telah melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.
- Semua subjek ditawarkan pada peringkat rendah dan menengah berdasarkan sukatan matapelajaran terkini.
- Khidmat pengangkutan yang selesa turut disediakan sebagai kemudahan kepada pelajar terutama yang tinggal di pedalaman.